PMGK 09 telah dirasmikan oleh Y.B. Amirudin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves. Sepanjang program tersebut, para peserta telah didedahkan dengan kehidupan alam kampus yang bakal mereka tempuhi. Mereka turut dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang menjadi nilai tambah buat mereka sebagai mahasiswa. Para peserta yang hadir daripada seluruh negara terdiri daripada pelbagai latarbelakang.Merekatelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dipandu oleh seorang fasilitator yang bertindak sebagai mentor.
Menurut Pengarah PMGK 09, Sdr. Azizan Ajiji, PMGK 09 telah membina impak tersendiri dengan kehadiran para peserta yang cukup komited dan ceria. Program kali ini nyata berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini apabila modul yang dirangka juga menepati citarasa semasa generasi muda untuk lebih mudah mengenali dan mendekati mereka. Berbeza dengan program-program lain yang terlalu rigid dan bersifat skeptik, PKPIM membawa pendekatan yang segar untuk menjana generasi peneraju tamadun khayra ummah. Beliau juga memaklumkan bahawa gambar-gambarPMGK 09 sedang dimuat naik di blog rasmi PMGK 09 di http://pmgk2009.blogspot.com
Sebagai kesinambungan program tersebut, para fasilitator yang bertindak sebagai mentor akan terus memandu para peserta untuk mampu berdikari dan mencipta ruang peluang bagi diri sendiri untuk menyerlah sepanjang pengajian mereka di institut pengajian tinggi. Para peserta turut dibekalkan dengan pelbagai nasihat dan teguran untuk membentuk keperibadian dan perwatakan diri agar menjadi mahasiswa yang erba boleh dan berdaya saing.
Dengan kejayaan PMGK 09 kali ini, PKPIM melihat ke hadapan untuk meneruskan program tahunan ini yang menjadi salah satu identiti PKPIM di kalangan para pelajar. PKPIM komited untuk menggerakkan Badan-Badan Gabungan Negeri PKPIM pada tahun hadapan untuk menganjurkan Perkampungan Menagar Gading di setiap Negeri secara besar-besaran dan untuk kemuncaknya, nantikan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010.