Pengenalan

Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 (PMGK) bertujuan melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai persediaan untuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Hasrat ini dilaksanakan dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra-syarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembentukan bangsa yang mapan dan pembinaan tamadun yang tinggi. Namun segalanya hanya dapat direalisasikan jika semua pihak membantu menggembleng tenaga menjayakannya.


Program PMGK 2009 yang dirancang oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dengan anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor kali ini juga bertujuan untuk membantu mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri, keluarga dan negara berlandaskan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul.

Objektif

  1. Mengubah paradigma para pelajar ke arah yang lebih positif seiring dengan arus pembangunan dan perkembangan intelektual pada hari ini.
  2. Mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus serta sistem pendidikannya.
  3. Membantu para peserta dalam mengenali potensi diri seterusnya mampu membuat pilihan yang tepat mengenai kerjaya dan masa depan.
  4. Menyemai satu idealisme bagi membudayakan ilmu dalam setiap tindakan dan perancangan.
  5. Memberi satu bentuk latihan kepimpinan dan keperibadian Islam.
  6. Memantapkan pembangunan diri dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.

Jawatankuasa Penganjur

PENASIHAT
MOHD. HILMI RAMLI

(PRESIDEN PKPIM)


EX-OFFICIO

HASNUL HANIFF BIN HARUN

(NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN PKPIM)


PENGARAH

AZIZAN BIN AJIJI


TIMBALAN PENGARAH

KHAIRUNNISA’ BINTI KHAYUN


SETIAUSAHA

SHARIFAH SUMAYYAH BINTI SYED MALICK


BENDAHARI

NORSYAHIDA BINTI MOHD ZAINUDIN


PENYELARAS PROGRAM

1. MUHD. FAIRUL B MOHD. NAWAWI

2. NAHEED BINTI AZHARI

3. AISYAH BINTI IDRIS


PERHUBUNGAN AWAM

1. MOHD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDDIN

2. NUR AZIMAH BINTI MANSOR

3. AHMAD MUZZAKIR BIN AHMAD TAJUDDIN


TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA

1. MOHD SUHAIRI BIN ISMAIL

2 . SITI FATIMAH BINTI KAMARUDDIN


DANA & TAJAAN

1. MUHAMMAD MU’IZZUDDIN BIN MUSTAFA

2. ZUL IKRAM BIN ISHAK


MAKANAN & KEBAJIKAN
1. NURUN NAJIHAH BINTI SAIRI

2. HIBATUL WAFI BIN JAMALUDIN


MODUL

1. ROZAIDI BIN RUSMIN

2. KHAIRUL RIDWAN ADHA BIN AKHIAR


TUGASAN KHAS

1. MOHD AKMAL AFIQ BIN MOHAMED

2. NOR ATHIRAH BINTI MD. SHARIF

Thursday, June 11, 2009

PMGK 09 Berlangsung Dengan Jaya

Penganjuran Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 (PMGK 09) telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan pada 4 hingga 6 Jun yang lepas. Seramai 80 orang peserta lepasan SPM, STPM dan STAM 2008 telah berkampung di program tersebut selama tiga hari dua malam.

PMGK 09 telah dirasmikan oleh Y.B. Amirudin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves. Sepanjang program tersebut, para peserta telah didedahkan dengan kehidupan alam kampus yang bakal mereka tempuhi. Mereka turut dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang menjadi nilai tambah buat mereka sebagai mahasiswa. Para peserta yang hadir daripada seluruh negara terdiri daripada pelbagai latarbelakang.Merekatelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dipandu oleh seorang fasilitator yang bertindak sebagai mentor.

Menurut Pengarah PMGK 09, Sdr. Azizan Ajiji, PMGK 09 telah membina impak tersendiri dengan kehadiran para peserta yang cukup komited dan ceria. Program kali ini nyata berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini apabila modul yang dirangka juga menepati citarasa semasa generasi muda untuk lebih mudah mengenali dan mendekati mereka. Berbeza dengan program-program lain yang terlalu rigid dan bersifat skeptik, PKPIM membawa pendekatan yang segar untuk menjana generasi peneraju tamadun khayra ummah. Beliau juga memaklumkan bahawa gambar-gambarPMGK 09 sedang dimuat naik di blog rasmi PMGK 09 di http://pmgk2009.blogspot.com

Sebagai kesinambungan program tersebut, para fasilitator yang bertindak sebagai mentor akan terus memandu para peserta untuk mampu berdikari dan mencipta ruang peluang bagi diri sendiri untuk menyerlah sepanjang pengajian mereka di institut pengajian tinggi. Para peserta turut dibekalkan dengan pelbagai nasihat dan teguran untuk membentuk keperibadian dan perwatakan diri agar menjadi mahasiswa yang erba boleh dan berdaya saing.

Dengan kejayaan PMGK 09 kali ini, PKPIM melihat ke hadapan untuk meneruskan program tahunan ini yang menjadi salah satu identiti PKPIM di kalangan para pelajar. PKPIM komited untuk menggerakkan Badan-Badan Gabungan Negeri PKPIM pada tahun hadapan untuk menganjurkan Perkampungan Menagar Gading di setiap Negeri secara besar-besaran dan untuk kemuncaknya, nantikan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010.

Saturday, June 6, 2009

Hari Pertama, 05 JUN 2009 (JUMAAT)

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan sedang berlangsung. Pada 05 Jun 2009 (Jumaat)program bermula dengan pendaftaran para peserta yang hadir dari pelbagai tempat dan pihak seperti wakil Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), wakil pelajar tahun pertama Kolej Islam Antarabangsa (KIA), Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PAUIAM) dan pelajar-pelajar lepasan SPM 2008 daripada sekitar selangor dan kuala lumpur. barisan fasilitator dan ajk pelaksana juga turut mendaftarkan diri. mereka semua hadir daripada pelbagai universiti seperti UIAM, PAUIAM, UNISEL, KUIS, UDM TERENGGANU, UTM JALAN SEMARAK KL, KISDAR, UKM, UPM dan termasuk senior-senior PKPIM yang sudah bekerja.

pada sebelah malam Majlis Perasmian diadakan dan dirasmikan oleh YB Amirudin b Shari, ADUN BATU CAVES, Selangor. Exco sekretariat perhubungan antarabangsa (SPEKTRA) PKPIM, saudara Khairul Anwar Musa dan Pengarah Program, saudara Azizan Ajiji juga turut memberikan ucapan. kesemua mereka berpesan kepada para peserta tentang tema program yang digagaskan oleh penganjur iaitu "Mahasiswa Dinamik, Teras Kejayaan"

Setelah itu, program diteruskan dengan Ice Breaking, taklimat dan kemudian tidur.